BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27, 2011

Bermulanya Di Sini..

Asssalamualaikum wbt kepada semua,
tidak lupa juga salam sejahtera buat anda..


Hari ini bermulanya paan sebgai blogger, InsyaAllah akan bergerak secara aktif dalam penulisan yang paan sendiri nukilkan..
sebelum ini paan sudah mula berjinak-jinak dengan blog, tp akibat kesibukan masa kecundang ditengah jalan..
ini merupakan blog yang kedua di "create" oleh paan memandangkan blog sebelum ini terhenti ditengah jalan..
blog paan simple shaja, lebih kepada isu-isu yang paan sendiri garapkan hasil pemerhatian yang paan sendiri lakukan..

Terpanggilnya paan dalam mengAktifkan kembali dalam blog selepas paan menghayati serangkap baris ayat yang cukup memberi kesan dalam diri paan.

"ERTI HIDUP PADA MEMBERI"

Itulah bait-bait ayat yang secara tidak langsung membuatkan paan berfikir dan terus berfikir..sungguh dalam makna ini dan luas konteksnya dalam menafsirkan maknanya. Bergantunglah pada anda untuk mendefinisikannya..

Bait-bait rangkap ini sebenarnya paan peroleh hasil pembacaan sebuah buku bertajuk "Aku Terima Nikahnya" oleh Hasrizal Abdul Jahil. Paan rasa pasti dalam kalangan kita sudah membaca buku ini..hehe. Walaupun buku itu telah lama diterbitkan, tetapi baru 2 hari lepas dapat membacanya dan menghabiskan pada hari ini. Sungguh berguna buku itu bukan kerana tajuknya, tapi isi kandungannya adalah hasil pengalaman penulis itu sendiri. Masakan tidak, apabila kita membaca pengalaman yang diceritakan orang, belum mampu kita memperoleh pengalaman tersebut.

Hehe malaslah post pertama ini nk cerita panjang2..cukuplah sekadar anda-anda semua mengetahui apa sebenarnya yang paan ingin ketengahkan di dalam blog ini..

Baiklah, sampai disini dulu ia pertemuan kita,
Jumpa lagi. Assalamualaikum ~


No comments:

Post a Comment