BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27, 2011

Cuti Semester 4 Bulan

Assalamualaikum wbt kpd semua,
salam sejahtera buat anda..

Bertemu kita kembali yer..harap tidaklah jemu membaca coretan insan bernama Ahmad Farhan Ahmad Salahuddin ini yerk..
Nikmat betul dapat bila cuti semester yang agak lama untuk kali ini. 4 bulan beb, blaja semester pun 6 bulan or 5 bulan ja..ni cuti 4 bulan. Memang Cayalah.

Terkenang kembali zaman persekolahan yang mana melihat katlender dan mengamati bilakah tarikh cuti sekolah akan bermula. Haha memang terbaiklah time itu. Blaja entah pahape, cuti yang difikirnya. Paan rasa anda juga pun mempunyai pengalaman yang sama kan??


14 Mei 2011
Paan dalam bas Ekspress Kesatuan menuju ke Ipoh melalui Jalan Gerik. Bas bertolak dari MBKT sekitar jam 8.30 malam. Seharusnya paan perlu balik ke Ipoh pada 4 Mei 2011 selepas berakhirnya Peperiksaan Akhir bagi semester ke 4. Sedar ke tidak, udah 2 tahun paan belajar di perantauan iaitu di bumi Terengganu Darul Iman. Hanya setahun sahaja lagi untuk menghabiskan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu. Walaupun ia bukan sebuah universiti terkemuka seperti UPM, UM, UITM namun bagi paan takdir Maha Esa menetapkan paan di situ dan seakan-akan menyuruh paan mencari sesuatu. Bas bergerak dengan laju, risau juga drebar ni bawa laju dah la jalan belok kanan belok kiri turun bukit. Tapi bagi paan bawa la selaju mana yang anda mahu, tapi pastikan anda berada dalam keadaan cekap! Maksud paan bawa la laju pun, tidak salah tp mestilah ikut undang-undang, guna cermin pandang belakang, alert dengan persekitaran, penggunaan cermin pandang sisi semua dan yang penting Akal diperlukan untuk cekap! Bas Kesatuan ini paan rasakan selamat dengan merasakan cara pemanduannya. Walaubagimanapun, malang tidak berbau!

15 Mei 2011
Tepat jam 5 pagi sampai paan di perhentian bas berdekatan Mc Donald. Jalan begitu sunyi dan hanya lampu jalan menyuluh jalan menunggu ayah datang ambil. Yahoo, cuti 4 bulan beb, memang enjoy! Orang laki untung time cuti ni sebab lepas ni kalau bekerja memang x kan dapat merasa cuti sebgini rupa.. tetapi tidak bagi perempuan. Hehe, apabila melahirkan anak dapat la cuti 3 -6 bulan. Hari ini ak mula memikirkan apa yang harus dibuat pada cuti ini..aduhai. Tapi satu paan suka. Hehe dapat bermain game sepuas-puasnya. Untuk pengetahuan paan memang kaki taik game! Tapi bukan la smpai mengabaikan apa yang wajib dilaksanakan. Nk main, main lah silakan tapi kalau time terasa nk berak x g jamban..anda tanggung la sendiri!

27 Mei 2011
Haha sekilas masa berlalu, paan telah bekerja sebagai cleaner di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Cleaner?? Tidak jatuh standart ke weii?? Kalau ada orang tanya sebgitu, "BULLSHITT" paan akan jawab tapi dalam hati je la berani. Peduli apa orang
nak kata apa pun, yang penting paan tahu apa yang patut buat. Sepanjang 1 minggu bekerja, Alhamdunillah not so bad la keje cleaner. Keje tidak payah fikir cuma mop, kain, penyapu, penyodok dan lain-lain adalah teman paan. Sepanjang 1 minggu ini juga, beberapa pengalaman paan dapat kutip. Isshh macam-macam la..nanti paan akan cerita apa isu yang paan akan bawa untuk seterusnya..


Cukuplah sekadar untuk hari ini,
Sehingga bertemu lagi..
Assalamualaikum ~

No comments:

Post a Comment