BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 29, 2011

Virus Sok Sek

Assalamualaikum wbt,
Selamat berhujung minggu kepada anda ye..


Sudah 5 hari paan tidak sihat akibat selsema. Betul kajian yang dibuat oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah mengenai orang yang lahir pada bulan Januari mudah mendapat selsema. HARUS BETUL WAJIB SALAH. Harap pada anda semua jagalah kesihatan diri k..

Isu paan nk bawa pada kali ini mengenai virus sok sek. Ha? Ape tu virus sok sek? Mudahnya jawapannya, ia adalah mengumpat, mengata, menghina dan sama waktu dengannya. Terpanggilnya paan untuk mengupas isu ini adalah kerana fenomena masyarakat khusus MELAYU.

Khamis yang lalu, paan menanti forum perdana hal ehwal Islam di tv1 yang mana salah seorang ahli panelnya adalah ustaz kegemaran paan iaitu Ustaz Kazim Elias. Tertariknya paan kepada Ustaz Kazim disebabkan kaedah ceramahnya yang cukup hikmah. Cara penyampaian beliau cukup dekat dengan masyarakat dengan kita pada hari ini. Berbalik pada topik, mengumpat dan mengata orang sinonim dengan keadaan kita sekarang. Haruskan tidak, apa yang silap dan buruknya orang memang kita akan nampak dan berkata itu dan ini. Buat salah orang mengata, ate buat betul pun orang mengata. Penin2...

Sebenarnya, pengamatan paan berkenan isu ini adalah bermula dari hati kita. Ye, memang betul Nabi kita ada bagi tahu dalam hadisnya yang berbunyi " dalam badan manusia ada segumpal daging, jika baik daging itu maka baiklah, jika kurang elok itu maka tidak eloklah. Yaknilah bahawa itu adalah HATI". Daging itu bukan selama-lamanya akan kurang elok jika kita pernah melakukan kesilapan. Jika anda ingin merubakan hati itu, maka bermulalah dari sekarang. Bagi paan mudah sahaja, kita jangan terlalu bersangka buruk dengan orang. Cubalah amalkan. Satu lagi nak betulkan hati kita nih kembalilah la untuk mengenal Allah. Lantas anda kenal tuhan dengan mendalam, anda akan rasa nikmatnya. Buat ape yang disuruh dan sedaya upaya meninggalkan perkara yang dilarang-Nya. Ok??

Dalam dunia manusia mana yang betul semua?? Manusia mana yang tidak pernah buat silap?? Apakah hak kita itu menghukumnya? Cuba kita perlu sedar kesilapan yang kita pernah buat, apabila diberi hukuman maka redha la. Musibah yang datang sebenarnya kerana Allah ingin angkatkan darjah kita tahap yang lebih baik. Ustaz Kazim dalam forum perdana tersebut ada menyatakan " sedara-sedara sekalian, kita perlu ingat pahala kite bukannya banyak, tidak la besor pun, yang suka gatai menambahkan dosa buat ape?? ". Haa..fikirlah sendiri macam mana..

Berbalik pula pada politik, virus ini memang lancang. Paan cukup marah betul sama ada UMNO dan PAS!! Dua-dua saling kata mengata antara satu sama lain. Yang biru kata hijau macam ni, yang hijau kata biru macam ni! Hatta UMNO pun, nak cerita pasal negara ka, bangsa ka cerita la, hebahkan. Tapi jangan dalam cerita itu membawa umpatan kepada PAS. Walau PAS salah pun, lantak la.. diam sudah! Tak perlu nk buka pekung orang. PAS pun sama nak cerita ape2 cerita lah, tapi jangan lah nk buka pekung UMNO dalam cerita itu. Ye memang betul PAS parti Islam bila berhubung dengan Islam yang salah tetap salah. Tapi adakah itu alasan untuk kita hentam sesama sendiri?? Paan harap sangat lepas ni dalam media Dato Najib tidak akan sentuh langsung isu PAS erti kata tidak mengata yang PAS itu dan ini. Diam sudaa! Yang Nik Aziz plak harap tidak lagi mengata UMNO itu dan ini. Diam sudaa! Tidakkah aman bila ini berlaku? Yang mana salah UMNO, PAS tegur dengan hikmah. Bila mana salahnya pada PAS, UMNO tegur dengan hikmah. Tak perlu masing-masing nak hentam dalam media. Tak malu ke??

Letih, sebenarnya mengenai isu virus sok sek ini..
terpulanglah pada anda, cuma paan harap sangka la baik pada orang. Tak susah pun. Paan x nafikan kadang-kadang paan pun ada terlepas cakap mengenai perkara ini. Sama-sama la kita ingatkan diri ni k..

Ingat kata-kata ini yer setiap kali nk sok sek " kita x banyak mana pahala pun, nak tambah dosa lagi pasai ape ".

Ok la sampai sini dulu..
Assalamualaikum..
Daaa..~

No comments:

Post a Comment